Monday, 27 May 2013

Seekor Ulat dan Sehelai Daun Hijau



Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang di tiup angin di celah dedaun hijau.
 “Apa khabar daun hijau!” sapa ulat kecil tersebut.
Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.
 “Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa”? soal si daun hijau.
  “Aku hampir tidak dapat daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!” tanya si ulat kecil.
 “Boleh! Boleh! Datanglah ke mari!” kata daun hijau.
 Daun hijau berfikir, jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat, dia akan tetap hijau. Hanya kelihatan berlubang-lubang….tapi tak mengapalah!
Perlahan –lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju kedaun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa kepuasan dalam diri daun hijau.
Sekalipun tubuhnya kini berlubang-lubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.
 Tidak lama kemudian ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnyaia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Demikianlah kehidupan kita..hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati.  “kullu nafsin za I’katulmaut,setiap yang hidup itu pasti akan mati Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.
Yang manakah yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang sanggup berkorban apa sahaja?...
 * mastika ;)*

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.




1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

demam haty..hahhahah

ishh..lame rasanya tak singgah menyinggah di sini..hahahhaah..bukan ape aku tulis di buku2 aku stdy jadi mangsa..hmm..dua hari dah hbis final then bosan tak tahu nak buat apa...now,aku sndri tak paham dengan jiwa aku nie..semua benda buat tak menjadi..kenapa ye?aduh..masalah rohani aku rasa..hakikatnya,aku di lema..baik mengaku sendiri..hehehehe..sekarang aku rasa macam berada di jaln raya yang menanty saat untuk maty di langgar sahaja..di telan maty mak,di luah mak bapak..aku bukan ape..malas nak melayan perasaan sekarang..terluka kah aku dengan yg lama?nope,but bersyukur sangat kerana ade hikmah di sebaliknya..now,menaanty dia apprve untuk aku mnjalinkan semula ukhwah yg kian terputus..(*_*)
sekarang aku nie mmg ok..umur pun dah cukup besar,but perasaan ni yg memaksa dan buat org sekeliling aku ini x pernah wujud..hakikatnya bukan aku rasa terluka sangat pun but sekadar berhaty2 kerana orang buta tak akn hilang tongkat kedua kalinya kan?hahhahaa..come on lah linda!kau bkn cntik sngat pun..vengong punya org duk hbaq aku lagu tuh..aku sndri tak tahu yg dia suka aku,tapi aku di nyanyikn dgn perkataan gitu!hampeh lu kawan..aku x pnh kejar dia pun..dia yg datng..i know..im as future teacher,tapi if kau dah jd doktor sekalipun knp nk hina aku cm tuh?"sedar dirilah..kau tuh bakal cikgu cabok ja..H***** tuh doktor..doktor habis dari rusia tau!..ade aku kisah?aku x pnh lyn pun..hakiktnya aku yg sakit ni..sakit demam haty..bersabarlah..Allah itu sentiasa ade..keep smile..:)